Thursday 17 December 2015

Ego

Ego merupakan suatu sifat yang akan memusnahkan perkara yang kita tidak mahu ia musnah.
Ego menyebabkan sesuatu perhubungan yang dahulunya jernih menjadi kotor.
Ego membuatkan kita berasa berkuasa. Kerana ego kita tidak memaafkan orang lain.

Kadang kala kita perlu merendahkan ego jika tidak mahu sesuatu hubungan itu musnah sekelip mata walaupun kita tidak bersalah. Yang mengalah tidak semestinya lemah. Yang mengalah itu yang menjuarai. Meminta maaf tidak semestinya kita bersalah. Kita meminta maaf kerana kita mahu menyelamatkan sesuatu perhubungan itu daripada musnah. 

Hiraukan apa orang kata terhadap kita. Biarlah kita dipandang hina kerana kita merendahkan ego kita. Biarkan mereka berkata kerana kita tahu kebenaran yang sebenar :)

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment