Wednesday 16 December 2015

Iri hati

Kadang kala kita mengejar kesenangan yang ada terhadap orang lain. Tetapi kita mengejar tanpa usaha. Kita cuba mengejar dengan menunggu kesenangan itu datang bergolek. Ketika kita melihat kesenangan serta kemewahan yang diperoleh orang lain kita menyalahi tuhan. Apakah kamu fikir kesenangan yang kamu mahukan itu akan datang jika kamu tidak memberikan usaha dan tidak mempercayai rancangan tuhan. Jika benar kamu mahu sesuatu cubalah berusaha untuk mendapatkannya bukannya kamu membandingkan apa yang kamu ada dengan mereka. Semua orang akan peroleh rezeki yang mencukupi. Rezeki yang paling memcukupi apabila kita berusaha kerana rezeki yang kita peroleh adalah daripada apa yang kita usaha. Jangan meminta tanpa usaha. Dan jangan lupa bersyukur setelah peroleh apa yang kamu dapat. Sedikit tidak bermakna tidak cukup, jika kita menggunakannya dijalan yang benar pasti yang sikit itu amat banyak di mata kita. Walaupun kita kecewa akan sesuatu, kita perlu belajar erti redha. Jangan hanya redha di mulut tetapi dihati kita tidak redha. Jangan pernah banding apa yang kita peroleh dengan orang lain. Walaupun kita lihat mereka tidak berusaha didepan kita, di belakang kita mereka sentiasa berusaha dan berdoa kepada tuhan. Mungkin kita hanya berusaha tetapi tidak pernah berdoa kepada tuhan. Jika kamu mahu bandingkan apa yang kamu dapat berbanding orang lain, lupakan. Kita tidak layak membanding diri kita yang memberi usaha yang sedikit dengan mereka yang berusaha.


Antara sebab kita tidak pernah berpuas hati dengan apa yang kira dapat ialah kerana sifat iri hati yang ada dalam diri kita. Kita terlalu cemburu akan kesenangan orang lain. Kita membiarkan hasad dengki dalam diri kita membesar menjadi kuman didalam iman. Kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita dapat. Sebab itu kita iri hati. Dekatkan diri dengan tuhan supaya segala sifat yang tidak baik dihapuskan.

Assalamualikum.

No comments:

Post a Comment